Selasa, 18 September 2012

on Leave a Comment

..... Mengajar KeLuarga Mengurus Pakaian .....



Ramai para ibu yang seLaLu mengeLuh kerana tidak ada masa untuk menguruskan pakaian kerana masa yang perLu diperuntukkan untuk waktu bekerja ... Namun tips di bawah ini mungkin sedikiat sebanyak dapat membantu para ibu menghadapi situasi ini ...

1. Berikan pendedahan dan Latihan awaL kepada anak-anak daLam menguruskan pakaian seperti membasuh , meLipat dan menyimpan pakaian masing-masing ...

2. Mengajarkan anak-anak untuk membasuh pakaian dengan memberikan panduan menggunakan mesin basuh kepada mereka ... Anak-anak yang di awaL usia amat mudah untuk diberikan panduan sebegini ...

3. Menyediakan ruang simpanan yang khas untuk anak-anak ... Jika perLu tuLiskan nama untuk aLmari pakaian mereka ... Ini akan memberi rangsangan untuk mereka berdikari dan menjaga pakaian mereka ...

4. Sediakan bakuL pakaian kotor untuk anak-anak Lebih mudah mengasingkan pakaian yang teLah mereka gunakan ...

5. Latih Lah suami menggosok pakaian mereka sendiri jika ada ruang waktu ... Di samping dapat mengeratkan hubungan , jika kena caraNya suami akan Lebih seLesa mengurus pakaianNya sendiri ...

6. Gunakan seterika padam secara automatik di rumah ... Ini Lebih mudah untuk meLatih anak-anak menggosokkan pakaian mereka ...

7. BeLi Lah stokin warna yang sama ... Ini akan memudahkan untuk memadankan stokin sekiraNya berLaku kehiLangan ...

8. Ajarkan Lah juga anak-anak untuk mengemas pakaian mereka sendiri untuk keLuar atau baLik  kampong ... TuLiskan kepada mereka senarai keperLuan mereka untuk memudahkan mereka ...

9. Pantau kegunaan kain baju famiLi dari masa ke semasa ... Pakaian yang tidak sepadan Lagi dengan anak-anak atau suami anda , anda boleh berikan kepada saudara-mara atau jiran-jiran ... Ini akan mengeLakkan kuantiti pakaian yang sentiasa bertambah di samping meLakukan amaL jariah ...

10. BeLi pakaian mengikut keperLuan sahaja ... Ini akan membantu mengawaL kuantiti pakaian yang terLaLu banyak di rumah ...





0 ulasan:

Catat Ulasan

♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

"If you Love two people

and then you choose

the latter because

if you loved the first person

you will not have

a second person ..."

Catatan Popular

Don't Forget To Join US Our Community
×
Widget