Selasa, 10 Februari 2015

on Leave a Comment

Hidup Bertukar 360 Darjah



  • Pelajar Pintar Disahkan Buta, Tiada Peluang Untuk Sembuh 

Qairil Azry Ketika Sihat


Harian Metro 9 Februari 2015

Dia sudah berada dijalan tepat menuju cita-cita menjadi seorang juruterbang apabila menerima surat tawaran memasuki Universiti, namun hidupNya kini bertukar 360 darjah dan mungkin hanya mendaftar di Akademi Kemahiran Orang Buta.

Demikian nasib bekas pelajar Matrikulasi Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah Qairil Azri Zahrin, 20 apabila disahkan buta oleh doktor dan dikatakan tiada peluang untuk sembuh ketika dia bersiap-siap melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur UniKL di Bangi, Selangor.

"Sejak kecil saya mengimpikan bergelar juruterbang. Bagaimanapun impian itu kini sudah terkubur", kataNya yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Serting, dekat sini.

Qairil Azry yang disahkan buta sepenuhNya oleh doktor pada Julai tahun lalu berkata, hanya dalam tempoh tiga bulan, hidungNya berubah sama sekali dan mataNya menjadi gelap-gelita.

MenurutNya, dia memang berkaca mata sejak berusia 13 tahun kerana mata kananNya kabur, namun pada April tahun lalu gangguan penglihatanNya menjadi Lebih serius.

"Ketika itu saya baru hendak memulakan praktikal di Institut Perancis Malaysia (MFI), namun dengan penuh kesukaran dan dibantu rakan, mampu juga menjalani latihan praktikal sehingga selesai bagi melengkapkan pengajian peringkat asasi.

"Pada 24 April 2014, saya membuat pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata dan dinasihatkan merujuk ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah kerana disyaki saraf bermasalah dan saya ke sana" kataNya yang ditemui di rumahNya di Simpang Pulau Pandan, disini.

Qairil Azry berkata, dia sebenarNya mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), disini, antara April dan Julai tahun lalu dan ketika itu masalah pada saraf mataNya makin meruncing dan ditahan di wad selama empat hari.

"Sejurus dibenarkan keluar, doktor mengarahkan saya menelan 15 biji ubat sehari bermula pada 30 April sehingga 8 Mei tahun lalu. Doktor beritahu ubat berbentuk pil itu bagi memulihkan saraf mata saya yang bermasalah", kataNya.

Dia mendakwa, selama sembilan hari dia makan ubat itu dengan 135 biji, namun malangNya keadaan bukan bertambah baik, sebalikNya bukan saja mata kananNya tidak puLih tetapi mata kiri turut kabur.

"Disebabkan itu, latihan praktikal terganggu apabila saya sering mengambil cuti sakit, malah kebanyakkan kerja praktikal disiapkan rakan", kataNya sambil memaklumkan turut melakukan pemeriksaan otak dihospital Tuanku Jaafar, Seremban, pada Jun tahun lalu dan keputusanNya normal.

MenurutNya, sejurus tamat latihan praktikal Julai tahun lalu, kedua-dua mataNya sudah tidak nampak dan pemeriksaan semula di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) mengesahkan dia dikategorikan buta kekal.

"Doktor meminta saya mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai orang kurang upaya (OKU). Doktor memaklumkan saya buta kerana faktor keturunan, tapi saya sukar terima alasan itu kerana ahli keluarga saya tiada yang buta" kataNya.

Qairil Azry berkata, dia begitu sedih kerana hanya beberapa hari selepas disahkan buta iaitu pada pertengahan Jualai tahun lalu, dia menerima tawaran daripada UniKL untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang penyelenggaraan automotif dengan tajaan MARA.

MenurutNya, ketika itu dia masih berharap untuk pulih dan berusaha mendapatkan rawatan di Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn, Petaling Jaya dan Hospital Selayang sepanjang Ogos sehingga Disember tahun lalu.

"Pada mulaNya saya hanya menganggap pengajian saya hanya tertangguh buat sementara waktu, namun semuaNya musnah apabila pakar kemudian mengesahkan saya buta dan tiada ubat untuk sembuh.

Saya sedar terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pengajian ke Universiti dan seterusNya menjadi juruterbang, apabila doktor menasihatkan saya mendaftarkan diri di akademi kemahiran orang buta di Brickfields, Kuala Lumpur", kataNya.

Anak kedua daripada 3 beradik itu berkata, dia juga sedih kerana gagal mengikuti jejak langkah kakak yang kini melanjutkan pengajian Ijazah di Jerman.

Sementara itu, ibu Qairil Azry, Rashidah Borhan 53, berkata, dia masih berharap anakNya mampu pulih dan kini Qairil Azry makan pil khas dibeli di farmasi bernilai RM300 sekotak selepas disyorkan jiran.

KataNya harga ubat itu sangat mahal kerana ia hanya untuk kegunaan 10 hari dan kini keluargaNya mula terbeban dengan masalah kewangan.

"Suami Zahrin Zainal 54, hanya pengawal keselamatan di Senawang dan saya sudah beberapa bulan berhenti menjual air tebu kerana perlu menjaga anak", kataNya yang mohon bantuan di pejabat JKM Kuala Pilah pada Disember tahun lalu namun masih tiada maklum balas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Datuk Mohammad Razi Kail dan kakitangan JKM Kuala Pilah, Mohd Izhar Mohd Darus turut menziarahi Qairil Azry dirumahNya.

Sementara itu, Pengarah HTAN, Dr Halina Abdul Rashid ketika dihubungi berkata, pihakNya akan mendapatkan penjelasan Lanjut daripada doktor mata yang merawat Qairil Azry.





  • Sedikit Gambar dikongsikan semasa Qairil Azry berada dalam keadaan sihat. Bersabarlah menempuh segala dugaan dari yang maha Esa. Setiap ujian dan dugaan Allah SWT itu ada hikmah besar disebalikNya .....

    • Preparation sebelum memasuki ke Dewan Gemilang, Serting


      Sesi Graduasi MRSM Serting

      Hari Graduasi di MRSM Serting

      Terlibat dgn sukan Ragbi di MRSM Serting
      Qairil Azry memakai jersi no 8
      Kumpulan Polis Serting
      P/S : Karya diatas hanya dicoppy paste melalui penulisan daripada akhbar Metro. sekadar berkongsi perjuangan dan pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh Qairil Azry dengan melupakan hasratNya untuk menjadi juruterbang sudah terkubur. Dugaan begitu kuat diuji kepadaNya. Saya berharap Qairil Azry akan terus berjuang menempuhi kehidupan di hari mendatang dan semoga cepat sembuh bagi meneruskan impian Qairil Azry, InsyaALLAH berkat doa dan kesabaran pasti ada jalan penyelesaian dariNya ... ( Qairil Azry nih juga merupakan sahabat seperjuangan adik saya Ahmad Zulhilmi Zulkifli dalam sukan Ragbi di MRSM Serting, untuk segala bantuan yang ingin dihulurkan, boleh laa menghubungi ibu beliau Pn Rashidah Borhan di talian 019-667 0187)












      0 ulasan:

      Catat Ulasan

      ♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

      Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

      "If you Love two people

      and then you choose

      the latter because

      if you loved the first person

      you will not have

      a second person ..."

      Catatan Popular

      Don't Forget To Join US Our Community
      ×
      Widget