Selasa, 31 Mac 2015

on Leave a Comment

Alat EMD : Pemantau Bekas Banduan

Bagi membanteras kadar jenayah yang semakin berleluasa, semua tahanan yang dibebaskan di bawah Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) akan dilengkapi dengan alat pemantauan elektronik (Electronic monitoring device) yang dipasangkan di pergelangan tangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, alat tersebut berfungsi sebagai 'pemantau' yang akan memberi petunjuk kepada pihak polis mengenai pergerakan bekas banduan tersebut.

Zahid walau bagaimanapun berkata pelaksanaan akan dilakukan setelah alat tersebut lengkap dan sedia diimplementasikan, tidak lama lagi.
"Semua pesalah yang ditangkap dan dikeluarkan di bawah EO dan juga tahanan RRA (Restricted Residence Act), mana-mana yang dikenal pasti untuk dipantau, EMD akan dipasang kepada setiap mereka.

"Jadi kita pantau pergerakan mereka dan jika mereka potong EMD itu, maka hukumannya akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang supaya masyarakat boleh mengenali mereka dan pemantauan boleh dilakukan kepada penjenayah berkenaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri seminar La Tahzan For Smart Muslim di sini, pagi tadi.

Dalam perkembangan berlainan, Zahid berkata KDN akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha meningkatkan mutu imej kamera litar tertutup (CCTV), selain menambahbaik aset pemantauan tersebut. 

"Banyak CCTV yang tak dapat digunakan sebagai bukti di mahkamah kerana imej tak begitu jelas. Oleh yang demikian kita akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memasang cctv dengan berdasarkan HD (definisi tinggi),"katanya lagi












0 ulasan:

Catat Ulasan

♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

"If you Love two people

and then you choose

the latter because

if you loved the first person

you will not have

a second person ..."

Catatan Popular

Don't Forget To Join US Our Community
×
Widget