Sabtu, 11 April 2015

on Leave a Comment

150 rumah, 3 sekolah rosak dipukul ribut di Durian Tunggal, Melaka ...

SEBUAH bas dihempap pokok, selain bumbung di sebuah stesen minyak diterbangkan angin dalam ribut di pekan Durian Tunggal, Melaka, pagi tadi. Lebih 50 rumah, tiga sekolah dan 10 kenderaan rosak dalam kejadian itu






ALOR GAJAH: Lebih 150 rumah termasuk tiga sekolah dan lebih 10 kenderaan rosak dalam kejadian ribut di beberapa kampung di sekitar Durian Tunggal kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham, berkata ketika kejadian yang berlaku dalam tempoh hanya tiga minit itu, kebanyakkan mangsa baru selesai bersahur dan sedang menunggu azan Subuh.


"Difahamkan, setakat ini terdapat lebih daripada 150 rumah dan beberapa sekolah rosak, manakala beberapa kenderaan yang diletakkan di hadapan beberapa rumah mangsa turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.


"Kita sedang menunggu laporan penuh mengenai kejadian itu dan setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan cedera kecuali mengalami kerugian harta benda," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Info terkini : setakat ini kerugian lebih kurang 50ribu sahaja.




0 ulasan:

Catat Ulasan

♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

"If you Love two people

and then you choose

the latter because

if you loved the first person

you will not have

a second person ..."

Catatan Popular

Don't Forget To Join US Our Community
×
Widget