Micha Stunz |
Keadaan itu berlaku selepas alat sulitnya itu menjadi terlalu besar sehingga gagal berfungsi seperti normal.
"Saya sudah melalui begitu banyak perubatan suntikan silikon ke dalam zakar dan buah zakar" |
Micha Stunz, 45, berkata, dia membesarkan zakarnya dengan suntikan silikon beberapa tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan saiz alat sulitnya itu.
"Biasanya saya cuba untuk memastikan ia tidak terlalu jelas" |
Prosedur itu menyebabkan alat sulit menjadi terlalu besar sehingga mencecah seberat 4.3 kilogram.
“Kini, saya tidak mampu menjalani kehidupan seksual seperti lelaki normal dan tiada wanita yang mahu mendekati saya. Saya tetap akan pergi kerja, membeli barangan runcit, pergi ke bar, kelab dan menonton filem. Kebiasaanya, saya cuba untuk memastikan ia tidak terlalu ketara. Tetapi, ia tidak semudah bagi saya untuk membeli sepasang seluar yang baru." Katanya.
Menurutnya, dia juga sering berasa malu ketika berada di tempat awam kerana sering menjadi perhatian orang ramai.
Sementara itu, seorang doktor pakar Jerman, Dr Aref el Seweife memberi amaran prosedur membesarkan zakar dengan suntikan silikon sangat bahaya.
“Prosedur ini boleh menyebabkan saluran darah membesar dan boleh menyebabkan kemandulan,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan