Ahad, 12 April 2015

on Leave a Comment

Transformasi : Tunggang Skuter Elektrik di Banda Hilir, Melaka



Kesedaran dalam penggunaan teknologi hijau terus meningkat dengan kemunculan isu pemanasan global dan juga perubahan iklim dunia.

Teknologi hijau mengambil kira terhadap kepentingan pemeliharaan persekitaran dengan penggunaan teknologi ini dilihat dapat menjamin pengekalan alam semula jadi serta keselamatan dan kehidupan yang sentiasa bersih dan sihat.t


Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem dalam usaha memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dengan meminimumkan kesan negatif akibat aktiviti manusia.

Penggunaan teknologi ini adalah lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada serta rendah karbon iaitu menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.

Penggunaan skuter elektrik adalah sebahagian daripada inisiatif amalan hijau yang dilihat mampu mengurangkan kos bahan api termasuk pencemaran udara dan bunyi.


Haba yang terhasil pada motor elektrik adalah sangat kurang berbanding enjin pembakaran dalaman motosikal yang menggunakan bahan api seperti petrol.

Eclimo Sdn. Bhd., adalah antara syarikat tempatan yang ditubuhkan pada Jun 2008 terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam terutama untuk sektor pengangkutan.

Skuter elektrik jenama Eclimo, model ES-11 adalah produk yang direka untuk mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu utama dunia ketika ini.


Ia juga memperkenalkan Direct Drive Technology yang menjadikan pengalaman menunggang dan menggunakan skuter elektrik sangat selesa dan memberi kecekapan kepada mekanisma pengurusan penggunaan tenaga elektrik.

Skuter elektrik ini bergantung 100 peratus kepada tenaga elektrik menerusi penggunaan bateri yang boleh dicas semula.

Penggunaannya bersifat mesra alam berikutan tiada karbon dioksida atau asap yang dibebaskan serta menjadikan skuter elektrik alternatif terbaik bagi penjimatan kos terhadap bahan api fosil.

Berdasarkan penggunaan 100km sehari selama setahun, skuter elektrik ini mampu menjimatkan pelepasan sebanyak 2,580 kilogram karbon dioksida ke udara.
 

Berbanding penggunaan motosikal yang menggunakan petrol karbon dioksida dikeluarkan anggaran satu liter adalah sebanyak 2.3 kilogram.

Baru-baru ini, di Melaka Taming Sari Berhad telah memperkenalkan penggunaan skuter elektrik untuk kegunaan pelancong di Tapak Wa­risan Dunia, Banda Hilir bermula awal bulan Mac.


Sumber : Metro




0 ulasan:

Catat Ulasan

♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

"If you Love two people

and then you choose

the latter because

if you loved the first person

you will not have

a second person ..."

Catatan Popular

Don't Forget To Join US Our Community
×
Widget