Isnin, 13 April 2015

on Leave a Comment

Pemandu Ditemui Mati Dalam Treler ...

Treler di temui di kawasan Perindustrian, V Munusamy ditemui meninggal dunia di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

IPOH : Seorang pemandu treler ditemui mati di dalam ruang tempat tidur kenderaan itu di Kawasan Perindustrian Kampung Paloh di sini jam 9.15 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai V Munusamy, 37, dipercayai meninggal dunia ketika tidur di ruang berkenaan di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Ketika ditemui mayat sudah membengkak dan berbau.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mayat ditemui orang awam yang curiga treler berkenaan lama diletakkan di situ selain sudah berbau.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang berasal dari Sitiawan mengambil barangan jenis dawai di Seremban, Negeri Sembilan sebelum membawanya ke sini dan meletakkan kenderaan itu di satu laluan kawasan perindustrian berkenaan sementara menunggu untuk membuat penghantaran ke premis berdekatan.

"Kes itu setakat ini diklasifikasikan mati mengejut tetapi jika ada unsur jenayah selepas bedah siasat ke atas mayat dibuat kita akan buka kertas kes jenayah," katanya.


Sumber : Berita Harian & Kosmo





0 ulasan:

Catat Ulasan

♥..... Princess Flynn's ..... ♥. Dikuasakan oleh Blogger.

Happiness In This World and The Hereafter ..... ♥

"If you Love two people

and then you choose

the latter because

if you loved the first person

you will not have

a second person ..."

Catatan Popular

Don't Forget To Join US Our Community
×
Widget