1. Hidup LeLaki
Lebih Mudah
LeLaki Lebih mudah cara
hidupNya berbanding wanita ... Kerana itu, LeLaki sukar untuk memahami jika
sesuatu perkara itu disampaikan daLam bentuk kiasan ibarat oLeh wanita ...
Wanita suka mengkias ibarat dan berharap LeLaki faham , tetapi LeLaki Lebih
suka jika iaNya dijeLaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas , secara
berterus-terang ... SekiraNya wanita tidak jeLas mengenai sesuatu perkara ,
tanyaLah secara terbuka kepada LeLaki ...
2. Bahasa LeLaki
AdaLah BerLainan
LeLaki bercakap dengan
bahasa yang berlainan ... Ini yang menyebabkan LeLaki dan wanita sukar
berkomunikasi antara satu sama Lain ... Apa yang dari kata-kataNya , jika dia
bercakap dengan wanita , adaLah berbeza daripada yang dimaksudkannya ... Ini bukan
bererti dia berbohong ... Maka adaLah Lebih baik bagi wanita untuk memahami LeLaki
dari apa yang diLakukanNya berbanding dari apa yang dikatakannya ... LeLaki
tidak pandai meLahirkan rasa hatiNya daLam bentuk kata-kata ...
3. LeLaki Suka
Membisu
Wanita berkeboLehan
untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai saLah
satu cara berhadapan dengan realiti , tetapi LeLaki masih Lebih suka untuk
menyembunyikan dan membisu …
4. LeLaki Tidak
KompLeks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang LeLaki hanya mahu
wanita menjaganya , mengemas rumah , menyediakan makanan untukNya dan melakukan
jima’ secara kerap dengannya , wanita harus percaya babawa ituLah yang LeLaki
tersebut mahu ... Ini bukan bererti LeLaki berfikir secara primitif , tetapi
LeLaki memang sedemikian ... Wanita biasa menganggap LeLaki sebagai kompleks ,
tetapi sebenarNya kehendak LeLaki adaLah mudah ...
5. Jangan Paksa
LeLaki
BiLa wanita mendesak LeLaki
agar mendedahkan perasaanNya , mungkin LeLaki itu akan mendedahkan sesuatu yang
wanita itu tidak suka mendengarnya ... Maka adaLah Lebih baik jangan bertanya
dan menyeLidik hingga ke akar umbi ... Lebih baik bagi wanita membaca bahasa
badan LeLaki , matanya atau perubahan mendadak daLam corak perlakuannya ...
Jika dia pada kebiasaanNya suka membaca tetapi tidak melakukannya , mungkin
pada ketika itu fikiranNya sedang kacau ...
6. LeLaki Berahsia Dengan LeLaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang Lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang Lain
mengenai masalah , harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi , adaLah
sukar bagi LeLaki untuk menjadi mesra secara verbaL sedemikian rupa ... Untuk
meLakukanNya, LeLaki memerLukan kekuatan dan keberanian yang tinggi ...
7. LeLaki
Pentingkan Kejujuran
Jika LeLaki tahu bahawa isteriNya suka bercerita pada wanita Lain tentang dirinya
, besar kemungkinan LeLaki itu tidak akan bercerita Lagi secara mesra mengenai
haL-haL rahsia kepada isteriNya ... Kejujuran adaLah penting bagi LeLaki ...
Dia mahukan isteriNya menyimpan rahsia-rahsia rumah tangga ...
8. LeLaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik LeLaki , meLainkan jika anda sedia untuk bertikam Lidah denganNya
… LeLaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan ... Mengkritik di beLakangNya
, contohNya kepada saudara atau kawannya , mungkin dapat mengeLakkan
konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabiLa perkara
tersebut disampaikan kepadanya ... Cara yang baik untuk mengkritik LeLaki iaLah
dengan berjenaka dan Lembut ... Cara LeLaki mengkritik adaLah berLainan dan
jarang diLakukan oLeh LeLaki ... BiLa LeLaki mahu mengkritik , masa dan keadaan
dipiLih dengan teliti ... BiLa menegur , perbincangan itu ringkas , tidak
beremosi dan tepat ... Untuk wanita mengkritik LeLaki , eLok jika kritikan itu
digabungkan dengan sedikit pujian ...
9. LeLaki Juga
Mahukan Sokongan
BiLa LeLaki menghadapi masaLah dan mengadu pada wanita , wanita harus
memberitahu LeLaki itu bahawa dia masih diperlukan ... LeLaki mahukan keseLesaan
perasaan , sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang …” dan “Tidak kira apa
yang terjadi , saya tetap bersama abang …..”.
10. LeLaki dan Ego
Ramai LeLaki menunjukkan egoNya di dua masa , pertama di daLam kerja dan kedua
di atas ranjang ... Ini biasaNya menyebabkan wanita menjadi bosan ... Tetapi
sebaik-baikNya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya ... Wanita yang
menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu ... LeLaki mahu
wanita memberitahu bahawa sumbanganNya diiktiraf dan dinilai ... Jika anda
tidak menyatakanNya kepadanya , siapa Lagi ... Jika anda mempertingkatkan ego
LeLaki , ia akan membuatkan LeLaki merasa senang dan setiap orang di sekeLiLingNya
akan mendapat faedah terutamaNya yang dicintainya ...
11. Sahabat Yang PaLing Baik
JadiLah sahabat yang paLing baik kepada suami anda dan dia akan menjadi sahabat
yang paLing baik kepada anda ...
12. LeLaki Mesra
Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada LeLaki dan wanita iaLah kehendak mutLak untuk
dikasihi dan mengasihi sebagai balasan ... Intimasi emosional , bersatuNya jiwa
bukan hanya jasad , adaLah cara bagaimana kasih sayang itu Lahir ... IaNya
bukan satu proses saja , tetapi merupakan pengLibatan simia dan magis ...
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosionaL untuk seimbang dan gembira
, paLing kurangNya ia diperLukan untuk meneruskan kehidupan ... Tempat di mana
LeLaki berbeza dari wanita iaLah pada keboLehan LeLaki untuk mesra dari segi
seks tanpa kemesraan emosi ... JaLinan atau hubungan antara dua perkara ini
iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak
penting pada ramai LeLaki ... Ramai LeLaki memberi keutamaan yang rendah kepada
kemesraan emosi ... LeLaki Lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita
... LeLaki Lebih cepat mencapai kemesraan seksuaL ... Kemesraan emosi ujud
apabiLa terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri ... Ia
mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang Lebih memuaskan , tapi jika
tanpa kemesraan emosi , seks boLeh diLakukan juga oLeh LeLaki ... MeLakukan
seks tanpa kemesraan emosi boLeh menyebabkan punca konfLik semuLajadi antara
LeLaki dan wanita ... BiLa keperLuan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada
sebeLum atau seLepas seksual , kekecewaan akan meLanda wanita ...
13. LeLaki Suka
Menyelerak
LeLaki bersifat suka menyeLerakkan barang-barang dan berharap isteriNya akan
mengemas … KadangkaLa
LeLaki mahukan isteriNya bersifat seperti ibunya ... WaLaupun pada kebanyakan
ketika LeLaki adaLah pembuat yang memuLai atau meneruskan sesuatu , ada kaLaNya
mahu dijaga oLeh seorang ‘ibu’ ... Dia menunjukkan kemahuanNya itu secara tidak
Langsung dengan menyeLerak ...